April 13, 2011

Sotong Goreng Kunyit

Hello everyone. I'm going to share with you guys a simple recipe. Sotong Goreng Kunyit. One of my favourite dish. Hehe. I know a lot of you already know how to make this, but there are some people yang tak tahu langsung nak masak okay? So this is for you guys out there, yang baru nak belajar2 masak.


Sotong Goreng Kunyit. Ni bukan gambar hiasan. 




Bahan-bahan :
- 4-5 ekor sotong  (potong bulat2 macam dalam gambar tu.kalau sotong kecik2 tambahlah lagi beberapa ekor)
-1 biji bawang besar
-2 ulas bawang putih
-2-3 biji cili api (kalau nk rase lagi pedas2 tambah lah ikut suka)
-3 sudu kecil kunyit (terpulang kalau suka banyak, letak banyak)
-garam secukup rasa
-Nampla beberapa titik. (stok ikan)
-daun bawang,daun sup untuk hiasan.


Cara-cara :
1. Mula-mula basuh sotong bersih-bersih dan potong. Kemudian rebus sotong tersebut untuk keringkan airnya. Supaya nanti bile masak tak meletup-letup, sebab sotong banyak air.


2. Lepas dah kering dan bau sotong dah naik. Matikan api. Lepas tu masukkan sotong dalam bekas lain untuk garam kunyitkan sehingga rata.


3. Kemudian panaskan minyak dalam kuali. Lepas dah panas, boleh masukkan bawang putih, bawang besar dan cili api tadi. Tumis sampai naik bau.


4. Setelah naik bau, masukkan sotong yang telah digaram kunyitkan tadi ke dalam kuali bersama-sama dengan   bahan yg telah ditumis.


5. Kuatkan api dalam 2-3 minit untuk bagi sotong garing, lepas tu titikkan Nampla. (3-4 titik pon dah cukup) . Lepas tu kecil kan api, gaul lagi semua hingga rata selama beberapa minit.


6. Dah masak, tutup api. Masukkan ke dalam pinggan. Lepas tu potong lah daun bawang dan daun sup, tabur kan atas hidangan tadi.


7. Hidangkan nasi, makan lah ape lagi.




Simple isn't it? Happy cooking!   :) 








Love,
Mrs.K

No comments:

Post a Comment

Speak Up Your Witty Thoughts Here!