Tiada apa yang paling menggembirakan seorang ibu selain melihat anaknya berjaya. Kan? Masa anak masih baby even dia pandai senyum seawal umur 25 hari pun kita dah suka yang amat. Apetah lagi achievement yang lain. Saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana telah mengurniakan saya anak yang bukan saja sihat dan sempurna malahan cerdik akal dan cepat faham. Mungkin sebab nama yang bermakna. Nama itu kan doa.
Thaqif is already 8 months now. Sekejap je rasa. Dulu kecik je. Sekarang ni dah lebih 7kg kot rasanya. Lagi 2 minggu Thaqif punya monthly checkup. Mesti berat makin naik. Alhamdulillah,tak susah nak bagi makan Thaqif. Setiap kali waktu makan mesti dia excited. Terjerit2 panggil Mama kalau lambat suap. Hehe. Makan pun dah macam2 dah. Recently i tried to give him rice. Suka betul dia makan nasi. Saya bagi nasi ayam lepas tu letak ubi kentang dengan isi ayam sikit pastu lenyek2 kan bagi hancur. Senang sikit Thaqif nak makan, memandangkan gigi pun baru ada 2+1. Tadi saya buatkan pasta untuk Thaqif. Saya campur sikit dengan sup ayam. Suka dia. Bila tengok Thaqif makan berselera, itu yang jadikan saya lebih bersemangat nak masakkan special untuk dia.
Thaqif belum pandai jalan lagi. Masih lagi bertatih. Tapi dah suka nak main bola dengan papa. Ketawa terkekek kalau main bola. Kelaka kot bagi dia. Masa umur dia 6bulan setengah dia dah boleh wave hand. Kalau mommy fuzzy or papa nak gi keje mesti dia akan "bye-bye". Kalau Tok dia datang pastu nak balik, dia akan "bye-bye" sambil tersengih2. Bulan lepas dia dah start pandai tepuk tangan. Kalau dia happy and excited autimaticallg die akan tepuk tangan. Kalau kita nyanyi atau dengar lagu kat youtube "if you happy and you know it clap you hands *clap,clap* dia akan clap juga sambil tersengih2. Geram tengok!
Macam2 tau kenit saya ni. Perangai manja dia memang tak berubah lagi sejak lahir. Sekrang ni dia dah pandai marah orang. Haaa perangai yang ni mama tak berapa berkenan sangat. Tapi sebab dia baby lagi takpe dimaafkan. Kalau umur dah 7 tahun buat perangai camni memang Mama akan nasihat. Ada satu hari tu Thaqif tengah main wayar charger laptop. Dia memang berkenan sangat dengan wayar2. Lepas tu Tok die tegur dari jauh. "Haiiippppp". Lepas tu Thaqif pandang Tok sambil wayar still kat tangan lepas tu tersengih2.(2kali jugak lah Tok tegur) Pastu dia nak masukkan wayar dalam mulut pulak. Lepas tu Tok pun cepat2 lah pegi kat dia lepas tu pisahkan dia dari wayar tu. Lepas tu dia menjerit. Menjerit mcm die tengah tak puas hati dengan Tok. Menjerit sambil menghadap Tok. Bila tengok macam kelaka pon ada. Macam comel pon ada. Tak padan dengan kecik Thaqif ni tau. Lagi satu Thaqif ni memilih orang. Yang dia betul2 nak hanya dengan saya,papa dan mommy. Orang lain die tak nak. Memang dari kecik macam tu. Pastu kalau orang cantik2 wangi2 dia memang suka tengok. Dia tenung je. Tapi bila nak approach dia buat malu2. Tak tau mana Thaqif belaja,mungkin dalam mimpi kot.
Tulah sedikit sebanyak progress pasak Thaqif.
Ramai jugak yang kate progress Thaqif macam too fast too furious. Saya cuma senyum je (cakap Alhamdulillah dalam hati) dan jawab "every baby is unique."
Just one thing i'd like to share with you here. No matter how penat u are, how mad you are towards your child, DON'T ever call them with bad remarks. Kalau anak dah nak dekat 2 tahun tapi masih tak boleh jalan jangan sesekali cakap dia lembap. Kalau anak susah nak hafal ABC jangan sesekali cakap dia bodoh. Kalau progress anak lebih lambat dari anak kawan anda yang jauh lebih muda dari anak anda jangan sesekali pandang rendah pada diorang. As parents kita lah yang kene support diorang, bagi kata2 semangat supaya dia rasa diorang rasa dihargai dan disayangi.Kalau diorang berjaya buat sesuatu puji habis habisan. Cakap lah kat diorang "yayyyy!! Clever boy!" "pandai betul lah anak ibu ni" (etc) pastu bagi tepukan semangat. Barulah diorang rasa happy dan suka,lepas tu diorang nak cuba buat uang terbaik lagi. Even babies can understand you know? Marah macam mana sekalipun cuba tahan diri jangan cakap bende2 yang bukan2 pada diorang. Anak-anak kecil ni tak berdosa pun. Diorang suci sangat. Amanah Allah. Kita ni yang banyak dosa. As parents, kite memang kene jaga every words yang keluar dari mulut kita bile bercakap dengan anak atau pasal anak. Sebab setiap apa yang keluar dari mulut kita adalah doa. Kita mestilah nak doakan yang baik2 aja kan untuk anak kita. Kan kan kan?
No comments:
Post a Comment
Speak Up Your Witty Thoughts Here!