Assalamualaikum wahai pembaca ’setia’. It’s been a while I didn’t discuss about hot topic ayte? Asyik pasal anak je. [tapi anak adalah topic yang sangat2 menarik bagi I sekarang]. I actually got loads of topics to discuss in here. Tapi bile pikir balik, takpelah. Lupekan saja. Dah tawar hati nak berblog sebenarnye. Susah bile kite menulis tentang sesuatu topic tu secara general, tapi ada sesetengah pihak ingat kita pin point kat dia. Padahalnya langsung tak. Semua topic yang di diskus adalah from my point of view, through my observation and experiences. I’m trying to be honest in my writing. If you disagree with what I wrote, you can always leave comment and tell the world about your point of view. That’s a healthy argument. But some peeps can't accept that.
Okay dah. Cukup pasal tu. Kang cakap lebih-lebih kang ade pulak yang salah tafsir pulak. Lagi susah.Sekarang mari kita masak Baked Macaroni cheese prawn+ chicken sausage. Senang je nak buat bende alah ni.
First macam biasa lah, kite rebus dulu macaroni ni bagi lembut, letak butter sikit bagi wangi and berkilat.
Letak tepi dulu.
Untuk kuah die, kite guna Prego Cream Cheese sauce. Tuang masuk dalam periuk lepas tu kacau-kacau. Masuk kan udang yang dah siap kopek kulit sekali. Lepas tu tabor sikit oregano bagi lagi wangi. ( ilove oregano. Kalau boleh masak nasi goreng atau telur dadar pon nak letak oregano)
Okay lepas sume tu dah siap, masukkan macaroni tu dalam apa-apa bentuk pan yang korang ada. Tak kisah lah janji dia tahan masuk dlm oven. Bagi macaroni tu rata. Lepas tu tuang kuah cream cheese yang ade udang tadi tu. Tuang kasi rata lah tau. Lepas tu tabur kan pulak chicken sausage. Last sekali letak lah cheese banyak atas sausage tu. Kalau nak layer kan cheese pon boleh. Tapi hari I buat tak layer sebab nak cepat, my lil Einstein moody hari tu. I used cheddar cheese, sebab takde stok parmesan and feta. Lepas tu tabur lah lagi oregano kat atas cheese tu. Hahaha, kan dah kate, I memang suka oregano, tak tipu.
Lepas tu masuk lah oven, 150 degree around 10mins – 15mins. Lepas tu you dengar bunyi TING! Dah boleh makan dah. Makan masa panas2 memang best! Kalau reheat dah tak umphhh sangat. Bismillah dulu takut nanti syaitan join korang makan sekali.
siap!
p.s : K cakap marvelous! Tak tau betul ke idak. Tapi die tambah banyak kali! Haha..ini recipe impromptu. First time try. Tibe-tibe haritu rase nak makan something cheesy and creamy.
Love,
Mrs.K
No comments:
Post a Comment
Speak Up Your Witty Thoughts Here!